Jumaat, 13 September 2013

KEHIDUPAN DI MATRIKULASI

Assalamualaikum. setelah lama impian ini di dalam hati akhirnya impian untuk memiliki blog sendiri akhirnya telahpun tercapai. Alhamdulilah. Allah menguji manusia dengan pelbagai dugaan sebelum memberi apa yang dikehendaki oleh manusia.
           Aku juga begitu. setelah lama mengidamkan untuk memiliki sebuah laptop sendiri akhirnya tercapai juga. Alhamdulilah. Hari ini aku ingin menceritakan tentang pengalaman aku bergelar pelajar Matrikulasi. sebuah institusi pendidikan yang mempunyai gambaran yang pelbagai oleh masyarakat. ada yang melihatnya sebagai tempat berkumpulnya pelajar-pelajar pandai seluruh malaysia. Ada juga yang beraggapan bahawa, hanya yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di Matrik ini sahaja yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti dan yang mendapat keputusan suam-suam kuku terpaksa memilih IPTS sebagai lokasi seterusnya. ia umpama satu risiko yang bakal di ambil oleh para pelajar. semua sedia maklum bahawa sijil  matrik tidak memberi kelayakan untuk pelajarnya berkerja. itulah yang sering kali menghantui para pelajar.
           Dari perpektif aku, apa pun pandangan orang lain, itu hanyalah jangkaan dari mereka. banyak orang cakap "matrik ni susah la. belajar laju. masuk diploma ja. belajar rilek..". Ia adalah antara cakap-cakap orang ramai yang aku temui sebelum masuk ke matrik. selepas itu aku mula berfikir beberapa kali.
         Aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma di sebuah ipta. Coursenya pula adalah pilihan pertama aku ketika itu. Namun selepas result untuk kemasukan matrik keluar, aku mula menukar fikiran untuk memilih matrik sebagai pilihan aku. Antara sebab yg bermain di fikiran aku ketika itu adalah, kerana matrikulasi yg aku perolehi itu hanya mengambil masa 15 minit dari rumah. haha.
          Untungnya berada di Changlun. tanah tumpah darahku. aku akhirnya membuat keputusan untuk ke matrik atas dorongan abang2 dan kakak aku yg yakin dengan potensi aku. aku nak mentionkan di sini, aku bukan plajar cmerlang. dlam hdup aku, aku x pernah mendapat 5A upsr, 9A PMR dan straight A Spm. Aku jga hnya blajar di sebuah sekolah harian yang rata-rata pelajarnya adalah golongan sederhana. Setelah solat Instikarah, aku mula mendapat petunjuk apakah yang terbaik untuk aku. walau apa pun keputusan, kita perlu sandarkan kepada ILAHI.
          Sehari sebelum aku menjejakkan kaki di Kolej Matrikulasi Kedah, aku telah bertemu dengan guru fizik aku yang mengajar aku di tingkatan 5. apa yang dia katakan adalah Diploma lebih bagus berbanding matrik. Hah sudah! aku mula berfikir banyak kali. tambahan pula kos yang aku dapat di Diploma itu merupakan kos salah seorang guru Math Tambahan aku. Aku mula Konfius.
          Namun, setelah beberapa kali berfikir, Aku tidak mengendahkan saranan itu kerana telah membuat pelbagai persiapan untuk ke Matrik. keputusan telah dibuat dan pada 27 Mei 2012 maka sahlah aku sebagai pelajar Matrikulasi.
           Apabila masuk ke sini barulah aku sedar bahawa untungnya Matrikulasi sebenarnya. sebenarnya segala pendapat negatif mengenai matrik ini sebenarnya datang daripada bukan bekas pelajar matrik itu sendiri. ia hanya cerita yang disampaikan dari mulut- ke mulut dan sumbernya pula mungkin dari pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sini. pelajar yang gagal tamatkan pengajian pula ada sebabnya pula. mereka datang ke matrik bukan untuk belajar dan mendapatkan ilmu tapi mempunyai niat lain. antara niat-niatnya adalah:

1. mencari kebebasan dari keluarga. hidup di matrik agak bebas berbanding di asrama namun batas-batasnya tetap terjaga.

2. mencari kekasih. ini merupakan perkara utama yang menyumbang kepada masalah pelajar yang gagal dalam exam. msalah mula tmbul apabila masing2 ingin couple antara satu sama lain. tidak kisahlah dia dulunya pelajar cemerlang di sekolah ataupun tidak, dia tetap akan terjerat sekiranya dirinya mudah diikat cinta. aku mempunyai pelbagai pengalaman mengenai masalah cinta di matrik ini. aku pernah menjadi orang yang dirujuk pula setelah seseorang itu mendapat masalah cinta padahal aku pun tidak pernah menghadapi ketika itu. seorang roomate aku mengalami situasi tersebut. awal semester dia bagus dalam pelajaran, namun setelah masuk semester kedua, dia mula hilang fokus. dia tertekan dan tidak hadir ke kelas dlam tempoh yang lama. hidupnya kusut masai dan pelbagai lagi implikasi lain. sesungguhnya CINTA kepada manusia sangat bahaya

3. menghabiskan duit elaun. semua pelajar mendapat elaun. so please gunakannya dengan sebaik mungkin kerana jumlah rm1250 satu semester amatlah sedikit. contoh yang aku dapat berikan adalah, ramai pelajar yang menggunakan duit tersebut untuk membeli gajet2 yang tertentu yang harganya mahal dan tidak membawa pulangan kepada pelajar. aku juga mengalaminya. haha. apabila duit tersebut habis atau belum dimasukkan, para pelajar terpaksa memintanya dari ibu bapa dan mencari sumber2 lain untuk mendapatkannya. apabila gagal mendapatkan wang, pelajar mula berasa tertekan dan akibatnya dia hilang fokus pada pelajaran.

4. game, movie, gajet, FB, dll

oleh itu, elakkanlah benda-benda tersebut ketika berada di matrikulasi. aku tahu memang sukar untuk mengatasi perkara itu tetapi at least kurangkanlah.

Aku boleh huraikan apa kelebihan dan kelemahan matrikulasi, tetapi aq x dpt nk bandingkannya dgn diploma atau tingkatan 6. Sbb pengalaman aku hnya di matrikulasi, smua smua tempat. So klau nak tahu lebih lanjut pasal diploma atau tingkatan 6, tnyalah kpd yg pernah melaluinya. Sila tnya kpd yang mendapat keputusan yg baik, bukan kpd individu yang mmg gagal dalam pengajiannya. Btw. Thanks for reading. Gudluck for your choice. #Peace

3 ulasan:

  1. Dan akhirnye sye gagal di matriks...she rse klau sye ade maslah antara 4 tu cume no. 4 je....skrg ni x tau nk msuk diploma uitm ke kpm,..

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas komen yg diberikan..apa yg sy ingin sampaikan dlm tulisan sy ni adalah..sy nk gambarkan..bahawa matrikulasi tu tdk susah sbnrnya utk plajar...cma ada beberapa faktor yg mnybabkan rmai terbabas di matrikulasi.. Cumanya..ada certain org akan alami nasib yg berbeza sperti yg saudara alami.. Gagal di matrikulasi bkan kgagalan utk slmanya bg saudara.. Bnyk lg institusi lain yg mgkn sesuai dgn saudara.. Ilmu itu luas..dan yg mnjdikan diri kita tu brjaya bkan brdsarkan di mna kta blajar..tp sjauh mna kita mahu blajar..

    BalasPadam
  3. WinStar World Casino And Resort Tickets - JT Hub
    Find your perfect destination to 김천 출장샵 play casino games, live 제주 출장안마 entertainment, and 세종특별자치 출장안마 more at JT Hub - 공주 출장안마 the 충주 출장마사지 world's largest interactive entertainment and Apr 26, 2022

    BalasPadam