Sabtu, 9 Januari 2016

Dari Mana Aku Berasal

Last Tulisan aku: 5/8/2014
Sekarang: 9/1/2016

Dah lebih setahun aku tak menulis. Banyak sebenarnya benda yg aku nk kongsikan kepada pembaca. Tidak kisahlah daripada apa2 latar belakang sekalipun, Cerita2 aku sebelum ini lebih berkisar tentang matrikulasi, dan kehidupan aku di Changlun. Cepat betul masa berlalu, aku dh tiga tahun meninggalkan zaman matrikulasi aku. Sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Elektrik-Mekatronik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Sekarang aku berada di tahun 3 semester 1. 

'Mekatronik' kos yang aku pilih, sbb nama kos ni paling menarik aq dengar. Aku tak penah tahu pun mengenai kos ni sebelum ni, dan masa nk isi upu, aku berasakan, wah macam best ja kos ni. Maksud mekatronik, apa yang aku fahami sepanjang aku mendalami kos ini adalah, subjek yang merangkumi bnyk bidang. Mekanikal, elektronik dan programming. Dalam 3 bidang tu plak, terdapat subjek yang menjurus kepada digital, control dan juga robotik. Senang cerita, kos yang kompleks dan siapa yang mengambil akan merasai, 'kenapalah aku pilih kos ni'. Bagi aku, kos ini tak susah, cuma kena ada minat yang mendalam, dan mampu untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari, Semua kos pun serupa jgak, tidak ada istilah 'susah' dalam belajar. Bila otak dan set 'senang', maka mudahlah utk belajar, InsyaAllah. 

Pertama kali berada di UTM membuatkan hatiku berkobar-kobar. Aku mula menjejakkan kaki ke UTM ini pada tanggal 31 ogos 2013. Untuk tulisan kali ini. Aku hanya ingin menceritakan bagaimana aku bermula sebelum aku mampu utk sampai ke UTM. Untuk story aku yang seterusnya selepas ini adalah lebih berkisar mengenai tempat aku membesar, tempat aku belajar dan segala yang berkaitan dengan diri ku, daripada kecil sehinggalah aku besar sekarang. Enjoy the story and give the feedback. Thanks



1 ulasan:

  1. youtube4g | VideoODL: YouTube
    youtube4g is the perfect site for learning, discovering, and preserving youtube mp4 your favorite movies. We provide some of the best video gaming experiences  Rating: 4.8 · ‎23 votes · ‎Free · ‎Android · ‎Communication

    BalasPadam